Promosi Alpha Lipid LIFELINE. Diskaun diberi pada yang terawal!

Asma Tiada Ubat, Perlu Dicegah PDF Print E-mail

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan

Sedutan (Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.

Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:

1. Selamat dan cepat memberi kesan.

2. Ubatnya berkesan selama empat jam.

3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.

4. Ulang setiap dua atau tiga jam

5. Boleh digunakan sebelum bersenam.

6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)

Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.

Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma

  1. Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.
  2. Alat solek dan kelengkapan dandanan diri.
  3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga.
  4. Pewarna makanan.
  5. Asap dan debu.
  6. Debu/kutu rumah (house mite).
  7. Senaman berlebihan.
  8. Tekanan
  9. Jangkitan seperti vlrus dan selsema.
  10. Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap.
  11. Genetik.

Apa patut anda buat jika diserang asma.

Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.

Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.

Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.

Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.

Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkcm supaya segera berjumpa doktor.

Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.

Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.

Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.

Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.

Peringatan :

1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.

2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.

3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.

4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.

5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma

7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.

JELITA, JULAI 1997, M/S 170 -171

 

Info Kesihatan

Apakah yang dimaksudkan dengan masalah gangguan pemakanan? Masalah gangguan pemakanan adalah tabiat pemakanan yang boleh membahayakan kesihatan fizikal dan juga psikososial seseorang individu. - Click for details...

Amalkan Cara Hidup Sihat Kunci untuk sihat sepanjang hayat Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat: Makan secara sihat Tidak merokok Lakukan aktiviti fizikal Belajar menangani stress- Click for details...

Jangkitan Kuman di Paru-paru- kanak-kanak Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). - Click for details...

Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa. Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti : LemasTerdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh    ke dalam longkangTerkena renjatan elektrikTerdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu- Click for details...

Diabetes di kalangan Kanak - Kanak dan Remaja Diabetes merupakan penyakit kronik yang boleh menyerang tanpa mengira peringkat umur termasuk bayi, kanak-kanak atau remaja. Di kalangan kanak-kanak, sekiranya penyakit ini tidak dikesan pada peringkat awal ia boleh menyebabkan komplikasi yang teruk termasuklah kerosakan otak. Kadangkala diabetes di kalangan kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian yang serius dan selalu di diagnosa sebagai selesema atau dibiarkan sahaja. - Click for details...

Apakah itu Kencing manis atau Diabetes? Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa. - Click for details...

Anti Kemurungan Pengenalan Ubat antikemurungan (antidepresi) ialah ubat yang digunakan untuk melegakan tanda-tanda kemurungan. Ia juga mempunyai kesan penenang. Terdapat empat jenis ubat anti kemurungan iaitu: - Click for details...

Arthritis - Dewasa  Pengenalan Arthritis adalah suatu jenis peyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :- Click for details...

Apakah Anaemia? Apakah Anaemia? Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.- Click for details...

Asma Tiada Ubat, Perlu Dicegah Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru. Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.- Click for details...

--= NFSP =--

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser. Satay & TimunJika anda makan satay….jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.- Click for details...

Kongsi Facebook

Share on Facebook

Beritahu kawan


Tetamu yang datang

We have 2 guests online