| Diet kurang sihat punca usus bermasalah |
|
|
|
|
Penyakit berkaitan usus, jelasnya, perlu diambil serius kerana dianggarkan sebanyak 98,955 penduduk negara ini dikesan menghidap penyakit kanser usus, perut dan hati pada tahun lalu ''Peningkatan kadar penyakit usus pada hari ini adalah kerana kurangnya kesedaran dan pengetahuan tentang penyakit,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Seminar Permasalahan Usus yang diadakan di Hospital Perubatan Sunway di sini baru-baru ini. Jelas beliau, masalah itu boleh dielakkan dengan mengambil makanan berkhasiat, menjalani gaya hidup sihat dan berjumpa doktor sekurang-kurangnya sekali setahun untuk membuat pemeriksaan. Seminar yang berlangsung selama dua jam dan disertai 50 orang peserta itu banyak menekankan tentang punca penyakit ini terjadi, gejala-gejala awal dan kaedah untuk mengelakkan ia berlaku. Sementara itu, peserta yang menghadiri seminar berkenaan menyifatkan seminar pendek tersebut banyak memberikan input tentang cara untuk mengelakkan masalah usus itu berlaku. Menurut Hoe Ling, 63, orang ramai seharusnya membuat pemeriksaan awal jika terdapat gejala susah untuk membuang air besar dan mempunyai masalah perut. ''Selalunya pesakit cuma menyedari menghidapi sesuatu penyakit apabila ia sudah masuk ke peringkat terlewat,'' katanya. Sementara itu, Tony Low, 63 berkata, permasalahan usus ini boleh dielakkan dari merebak menjadi kanser dengan menjaga pemakanan sempurna dan bersenam setiap hari. ''Kita juga perlu mengambil buah-buahan yang berserat,'' katanya.
|
||||
Info Kesihatan
Artikel Popular
Kongsi Facebook
Share on FacebookBeritahu kawan




